Khabarnya Pra-Kongres Budaya Banjar Ke-3 diadakan di Kuala Tungkal dari 30 November 2012 hingga 1 Disember 2012. Saya hanya tahu tentang hal itu dari akhbar Banjarmasin Post 17 Oktober 2012.
Saya tidak tahu Persatuan Banjar Malaysia (PBM) diundang atau tidak untuk menghadiri pra-kongres itu. Sekiranya diundang, bagus juga jika wakil atau pimpinan PBM dapat menghadirinya.
Saya menunggu kongres yang sebenar yang akan diadakan di Banjarmasin nanti. Mudah-mudahan saya ada peluang dan kesempatan untuk menghadirinya.
Kayuh Baimbai
Thursday, 29 November 2012
Sunday, 15 January 2012
Harussani tidak perlu membela Hasan Ali

Harussani, Mufti Perak mungkin satu-satunya mufti keturunan Banjar di Malaysia. Sejak lama dia terkenal sebagai seorang mufti yang tegas dan berani.
Di saat mufti lain pakai songkok hitam, mungkin itu lebih disukai oleh elit pemerintah, dialah seorang mufti yang sentiasa memakai songkok atau kopiah putih.
Pada tahun-tahun terakhir ini dia memperlihatkan bahawa dia adalah seorang yang pro-UMNO. Dia dikatakan pernah terlibat dengan gerakan untuk menubuhkan kerajaan campuran UMNO-PAS di Perak dan Selangor khasnya selepas pilihan raya umum 2008 tempoh hari.
Dari segi ideologi dia mungkin memegang ideologi yang sama dengan Dr.Hasan Ali, EXCO kerajaan Selangor yang baru dipecat dari PAS dan jawatan EXCO, iaitu memperjuangkan Islam, Melayu dan pemerintahan beraja.
Kerana itu agaknya ada kewajarannya dia kecewa apabila Hasan Ali dipecat daripada PAS dan jawatan EXCO.
Dia menganggap Hasan Ali tidak wajar diperlakukan demikian, kerana Hasan Ali adalah seorang pejuang Islam.
Bagaimanapun, agaknya Harussani terlupa bahawa Hassan Ali dipecat daripada PAS kerana dia telah mengkritik dasar PAS dan tidak bersetuju dengan dasar PAS, dan mengkritik pemimpin PAS yang lain yang tidak bersetuju dengannya melalui media UMNO.
Hasan Ali telah menunjukkan dia seorang yang tidak berdisiplin dan "tidak menjaga mulutnya" sebagaimana yang didakwa oleh Datuk Nik Aziz.
Jadi sama ada Hasan Ali seorang pejuang Islam atau tidak, PAS menganggap tindakan memecatnya perlu dilakukan, kerana Hasan Ali telah menjadi duri dalam daging kepada PAS, dan lebih banyak membawa kemudaratan kepada PAS.
Banjar Baru di Kalimantan Selatan
Banjar Baru adalah nama sebuah bandar di Kalimantan Selatan (Kalsel). Ia dinamakan Bandar Baru mungkin kerana ia memang sebuah bandar yang baru dibangunkan berbanding dengan bandar Banjarmasin yang telah berusia lebih 500 tahun.
Di bandar inilah terletaknya lapangan terbang Syamsuddin Noor, iaitu lapangan terbang antarabangsa yang merupakan pintu masuk ke Kalsel, walaupun ia diberi nama lapangan terbang Banjarmasin.
Sementara bandar Banjarmasin adalah pusat pentadbiran dan pusat pendidikan bagi Kalsel, Bandar Baru nampaknya berkembang sebagai pusat komersal dan kawasan perumahan elit. Ada permintaan daripada penduduk Kalsel supaya Banjar Baru dijadikan pusat pentadbiran, tetapi agaknya belum lagi dipersetujui oleh pihak yang berkuasa.

Saturday, 14 January 2012
Salam Perkenalan
Salam,
Ini blog baru saya yang ada identiti "Banjar", di mana saya akan menulis tentang pelbagai isu, tetapi tidak semestinya tentang orang Banjar.
Selamat berkunjung dan memberi komen.
Ini blog baru saya yang ada identiti "Banjar", di mana saya akan menulis tentang pelbagai isu, tetapi tidak semestinya tentang orang Banjar.
Selamat berkunjung dan memberi komen.
Subscribe to:
Comments (Atom)