
Harussani, Mufti Perak mungkin satu-satunya mufti keturunan Banjar di Malaysia. Sejak lama dia terkenal sebagai seorang mufti yang tegas dan berani.
Di saat mufti lain pakai songkok hitam, mungkin itu lebih disukai oleh elit pemerintah, dialah seorang mufti yang sentiasa memakai songkok atau kopiah putih.
Pada tahun-tahun terakhir ini dia memperlihatkan bahawa dia adalah seorang yang pro-UMNO. Dia dikatakan pernah terlibat dengan gerakan untuk menubuhkan kerajaan campuran UMNO-PAS di Perak dan Selangor khasnya selepas pilihan raya umum 2008 tempoh hari.
Dari segi ideologi dia mungkin memegang ideologi yang sama dengan Dr.Hasan Ali, EXCO kerajaan Selangor yang baru dipecat dari PAS dan jawatan EXCO, iaitu memperjuangkan Islam, Melayu dan pemerintahan beraja.
Kerana itu agaknya ada kewajarannya dia kecewa apabila Hasan Ali dipecat daripada PAS dan jawatan EXCO.
Dia menganggap Hasan Ali tidak wajar diperlakukan demikian, kerana Hasan Ali adalah seorang pejuang Islam.
Bagaimanapun, agaknya Harussani terlupa bahawa Hassan Ali dipecat daripada PAS kerana dia telah mengkritik dasar PAS dan tidak bersetuju dengan dasar PAS, dan mengkritik pemimpin PAS yang lain yang tidak bersetuju dengannya melalui media UMNO.
Hasan Ali telah menunjukkan dia seorang yang tidak berdisiplin dan "tidak menjaga mulutnya" sebagaimana yang didakwa oleh Datuk Nik Aziz.
Jadi sama ada Hasan Ali seorang pejuang Islam atau tidak, PAS menganggap tindakan memecatnya perlu dilakukan, kerana Hasan Ali telah menjadi duri dalam daging kepada PAS, dan lebih banyak membawa kemudaratan kepada PAS.
No comments:
Post a Comment