Banjar Baru adalah nama sebuah bandar di Kalimantan Selatan (Kalsel). Ia dinamakan Bandar Baru mungkin kerana ia memang sebuah bandar yang baru dibangunkan berbanding dengan bandar Banjarmasin yang telah berusia lebih 500 tahun.
Di bandar inilah terletaknya lapangan terbang Syamsuddin Noor, iaitu lapangan terbang antarabangsa yang merupakan pintu masuk ke Kalsel, walaupun ia diberi nama lapangan terbang Banjarmasin.
Sementara bandar Banjarmasin adalah pusat pentadbiran dan pusat pendidikan bagi Kalsel, Bandar Baru nampaknya berkembang sebagai pusat komersal dan kawasan perumahan elit. Ada permintaan daripada penduduk Kalsel supaya Banjar Baru dijadikan pusat pentadbiran, tetapi agaknya belum lagi dipersetujui oleh pihak yang berkuasa.
No comments:
Post a Comment